Sunday, May 24, 2009

Akhirnya Dia Kembali

Tanggal 17 Mei 2009 awal pagi ahad jam 4.40 pagi aku dikejutkan oleh panggilan kakak iparku yang memberitahu bahawa adik ku yang telah di masukkan hospital pada pagi Sabtu telah menghembuskan nafas yang terakhir. Aku selaku abang di atasnya dan rapat dengan arwah tak dapat nak bayangkan perasaan sewaktu itu. Aku hanya duduk hampir 15 minit tanpa berkata apa-apa, isteriku pada waktu itu ada bersama hanya berdiam seketika dan mula membuka cerita bagaimana saat terakhir kami berjumpa arwah pada hari pekerja yang lepas iaitu 1 Mei 2009. Waktu itu hati ini memang teringin nak balik kampung kerana agak lama tak berkesempatan disebabkan tugasan yang tidak dapat dielakkan.Namun balik yang hanya seketika kerana pada pagi Sabtu anak yang sulong ada kelas tambahan untuk pelajar darjah 6. Maka pada petang khamis kami bertolak dan bermalam di kampung dan keesokkan malamnya kami bertolak balik ke Saujana.

Pada kebiasaannya, arwah antara orang yang sibuk akan menyediakan pelbagai ole-ole kampung dan kali ini dia begitu beriya-iya untuk membawakan aku buah sukun dan ciku yang dipetiknya dikawasan rumah kami dikampung. Sebenarnya arwah ada mengalami kemalangan 4 hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya tapi pada waktu kejadian beliau jatuh motor sendiri di sebabkan tayar belakang motornya meletup dan lepas tu terlanggar lopak dan terjatuh. Tapi tiada kecederaan serius kerana arwah masih boleh hantar motornya ke bengkel dan balik naik bas ke rumah. Hanya luka di kaki kananya dan juga kawasan lengan maka disebabkan tiada perkara yang dirisaukan maka dia tidak buat pemeriksaan doktor namun selepas 4 hari iaitu pada pagi Sabtu dia mengadu sakit dada dan sesak nafas. Pada waktu itu kebetulan abangku yang tinggal berhampiran telah datang untuk menziarahinya merasa tak sedap hati dan lantas membawanya kehospital. Setelah di periksa oleh pihak doktor dia terus dimasukkan wad kecemasan dan diberitahu dia hanya memanggil nama ibu saja dan tiada nama lain. Aku mendapat sms dari abangku lewat senja petang Sabtu dan disebabkan dia di ICU maka tiada apa yang boleh aku lakukan dan membuat keputusan untuk melawatnya pada pagi ahad saja. namun hajat ku tidak kesampaian tatkala mendapat berita yang beliau telah meninggal dunia pada pagi Ahad jam 4.20pagi ketika dalam perjalanan pemindahan ke Hospital Sg Buloh.

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Shahrul bin Mohamed Salem, semoga akan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru

Hari ini tanggal 16 MEi 2009, hari dimana setiap tahun telah diisytiharkan sebagai hari guru. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru, terutamanya kepada guru-guru dari aku darjah 1 hinggalah aku kemenara gading. Tanpa kehadiran kalian, tanpa kesungguhan dan kesabaran pastinya aku tidak berada di tahap ini. Walaupun mungkin aku bukan seorang jutawan tetapi aku bangga aku telah mengerti pengorbanan seorang guru. Aku cuba mencurahkan bakti kepada masyarakat sebagaimana seorang guru berbakti kepada anak muridnya. Buat para guru;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada guru-guruku )