salam syawal buat semua yang masih merasai kehangatan syawal dan sana sini masih ada jemputan rumah terbuka terutama di bandar2 secara khususnya di taman2 perumahan. raya raya juga tapi berhemahlah jangan sampai nak beraya sampai papa kedana. N3 kali ini bukan sebab cite pasal raya tapi tak tahan bila baca akhbar dan info kat internet yang mengatakan kerajaan pas kelantan dapat sumbangan 4 billion. Bukan dengki ke apa tapi macam tak caya bercampur macam tak kena je bunyinya. Sekali baca macam tak caya je dan aku memula rasa macam mesti salah taip punya ye la bukan sikit tu kalau 4 juta kira macam logik jugak la. Dalam kepala otak aku fikir ada ke orang biasa kat malaysia yang duit banyak tu, dan yang ni tetiba nak kasi kat kelantan lak macam tak logik je. 4 billion sama dengan 4000 juta....banyak gile tu!!! Orang nak kasi tu sapa pulak tu? kalau ikut berita dapat projek kat tumpat, pembangunan bersepadu sebanyak 300 billion bunyi macamlebih besar dari Iskandar Malaysia je gamaknya. Di Pihak kerajaan negeri sekeras2nya menafikan yang mereka terlibat dan ada pihak sebelah lagi tu dah mula buat laporan polis.
bagi aku rakyat biasa yang tak berapa pandai, semua ni memang tak logik la kot betul la nak sumbang duit tu datang dari mana? dah la projek tak start lagi. Ini semua jenis lawak antarabangsa je. Kot nak cite lebih lanjut carilah kat mana2 sumber kat internet ni.
Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts
Thursday, September 23, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Baju raya atau bendera
nampaknya dalam sedar tak sedar ramadan dah masuk hari ke 15 dan hari ini adalah 25/8/2010 bermakna dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Tapi kali ini agak berbeza sikit sebab di sambut dalam bulan ramadan dimana kita sedang sebuk berpuasa dan bersemangat untuk beraya. Maka kemeriahan merdeka itu nampaknya tengelam di sebabkan orang berpuasa dan nak raya. ye lah kan bila sebut pasal merdeka orang hanya ingat nak kibar bendera kat rumah la kat kereta la dan bila tiba waktunya iaitu 31 Ogos maka tergambarlah perarakkan dari pelbagai agensi kerajaan atau swasta samada kat dataran merdeka atau kat putrtajaya....nampaknya macam aktiviti yang meletihkan bagi orang yang berpuasa, sapa nak berdiri lama-lama kat tengah panas tu di tambah lagi sapa yang terlibat dengan perbarisan/ perarakkan. Tapi kali ini aku tak perasan lak ada ke kereta yang pasang bendera tu...rasa macam tak ada je dan kalau lalu depan rumah kat kawasan perumahan aku pun tak nampak pun orang pasang bendera macam kebiasaan cuma yang ada cuma di taska2 je itu pun tak semua yang pasang.
Adakah ini di sebabkan orang sebuk nak beli baju raya daripada nak beli bendera kot....kurangkah jiwa merdeka kita kalau kita tak pasang bendera kat kereta atau kat rumah. Aku sendiri pun tak pasang apa-apa pun tapi aku tetap ingat yang malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Selamat menyambut merdeka buat semua dan selamat beli baju raya.

Tuesday, July 20, 2010
bahang ramadhan?
sekilas pandang dari akhbar tempatan hari ini yang mengatakan permohonan untuk mendapatkan tapak berniaga sepanjang ramadhan telah menjadi satu fenomena apabila seramai lebih 15 ribu permohonan telah di terima dan mereka sanggup hadir dan memenuhi setiap ruang di stadium tertutup titiwangsa seperti hendak mendengar ceramah besar. Tetapi sebenarnya mereka hanya mahu menjadi yang bertuah di kalangan mereka untuk mendapat salah satu tapak yang di sediakan hanya sebanyak 393 sahaja. Bayangkan nisbah setiap tapak dengan permohonan adalah 1 : 40. itu baru di kawasan sekitar bagaimana pula di kawasan lain, ini menunjukkan minat untuk berniaga terutamanya di sepanjang ramadhan amat tinggi sekali. Adakah ini juga sebagai petanda orang dan minat kerja makan gaji atau sebenarnya mereka buat kerja sambilan atau juga mereka adalah golongan yang mahu mencari rezeki lebih di sebabkan tak ada kerja tetap akibat ketidakstabilan keadaan ekonomi negara.
Thursday, March 12, 2009
Bila Internet Down
Ini semua cerita last weekend la, entah apasal ntah internet kat rumah ON & OFF, tak stable boleh pakai tapi setiap 10 minit di datang gila dia. Dengar cite banyak tempat yang kena macam ni. Dah la isnin cuti tu lagi bengang, kalau tak, tentu banyak benda boleh disiapkan. Bukan saja kerja-kerja luar malah sesetengah kerja ofis pun boleh la aku buat. Nak kena tunggu hari kerja baru boleh buat. Dulu lain sekarang lain, orang cakap kot tak ada astro tak boleh hidup maklumlah banyak hiburan di sediakan tapi la ni bagi aku astro tak ada tak ada hal sebab kat rumah pun jarang tengok tv tapi tak ada internet....perghhhhh susah beb, macam terputus hubungan dengan dunia luar la. Tambah-tambah lagi macam last weekend, ada macam-macam program kat KL, dengar haru-biru dibuatnya, so mana nak cari latest update dari pelbagai aspek kot nak harapkan tv, alamak dapat komen yang biasa aku dengar je la. maka untuk cerita yang sebenarnya kena buat carian kat internet la, ada website, ada macam-macam blog yang di update setiap masa, lagi cepat dari berita terkini gamaknya. Begitulah besarnya peranan internent pada hari ini, bukan kecik2 punya peranan memang sangat pentinglah dan telah diakui oleh kerajaan antara media yang banyak mempengaruhi penduduk bandar. President Obama pun antara gadget yang sentiasa dibawa masa pilihanraya adalah dia punya blackberry yang memudahkan beliau update dan check instant email dari seluruh pelusuk negeri.
Ini baru aku punya cerita yang tak seberapa gila sangat dengan blog, tapi bayangkan yang memang makan internet, tidur internet, mandi internet...ala macam iklan bola tu.
So, aku harap hari ni bila aku balik internet dah ok la sebab semalam pun belum ok lagi depa cakap (TM) maintenance work will be complete by 11/3/2009, harap-harap betul la kot tak betul memang nak kena depa ni.

Wednesday, March 11, 2009
Aku dan masa..
Setelah hampir seminggu lebih aku punya blog tak terusik disebabkan kerja-kerja yang tak dapat dielakkan ditambah dengan masalah teknikal aku punya laptop, akhirnya hari ini telah pulih seperti sedia kala ini menyebabkan masa yang ada amat berharga untuk aku untuk menyiapkan seberapa banyak kerja yang boleh. Tapi aku tak boleh salahkan masa, masa yang diberikan pasti hanya 24jam saja. Walau macamana sekali pun cuba putar belitkan ianya hanya 24jam sehari semalam. Dulu masa kecik, sehari rasa lama je lama sangat tambah bulan puasa lagi la rasa lama yang teramat. Namun masa bergerak dan berubah jika dulu-dulu aku kecik kini aku dah bertambah dewasa bukan tua tau...hahaha. Manusia-manusia pasti tak pernah cukup dengan apa yang ada dan sentiasa tak pernah sempurna, itulah kehidupan manusia. Dari bulan januari hingga ke saat ini rasanya jadual harian, migguan dan pelan bulanan bertambah ketat, setiap hari pasti ada benda yang nak kena buat, ada meeting perlu dihadiri, ada perbincangan perlu diikuti, ada kertas kerja perlu dilengkapkan, ada coretan perlu di muatkan, ada......ah pendek kata macam-macam ada la.
Minggu lepas, memang amat sibuk ditambah komuniti tempat aku tinggal akan mengadakan jamuan makan malam tahunan buat kali ke-5 tapi kot aku punya culculation dah kali ke-6, sebab yang pertama kali buat masa tu buat kat tepi rumah aku, masak semua kat dalam rumah aku walaupun agak kecil bilangan yang hadir tapi setakat 60 orang for the 1st time kira bagus gak dan rasanya aku masih simpan video yang aku rakam. Kot nanti ada masa aku cuba korek-korek khazanah lama tu. Balik pasal jamuan yang baru lepas memanglah bukan mudah nak organise tambah-tambah semua buat atas sukarela tak ada paksa-paksa. Meeting jangan certia la belum lagi unofficial discussion tapi matlamat satu agar majlis yang dijalankan adalah yang terbaik yang mampu kita adakan.
Setelah bersennkengkang mata dari jumaat malam hinggalah sabtu akhirnya majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai. Sesunguhnya majlis ini penting sebagai wadah untuk setiap ahli masyarakat berkumpul selepas pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan januari yang lebih dekenali sebagai bulan sukan.
Ok, habis bab jamuan, bukan setakat itu saja, tangan ni mula menaip-naip untuk membuat laporan samada untuk tatapan rakan-rakan, blog komuniti yang ada, hantar ke website komuniti dan hari ini aku baru siapkan untuk siaran akhbar harian dan rasanya esok artikal tu boleh keluar, ini merupakan satu kepuasan buat diriku atas kerja yang aku lakukan. Habis semua ni, bulan April ada satu projek utama untuk aku punya website, bulan Mei juga ada satu projek besar dengan surau dan kena siapkan kertas kerja selewat-lewatnya minggu ni begitu juga untuk projek lagi besar pada akhir Jun, tapi ingat ini bukan projek berbilion-bilion tapi hanya projek kemasyarakatan saja, kerja sukarela saja, tiada ganjaran yang diharapkan namun demi kepuasan diri ini. Harap-harap semuanya akan berjalan seperti yang aku rancangkan yang penting kena bahagikan masa dengan sebaiknya untuk diri, keluarga dan masyarakat. Semoga Allah akan memberi kekuatan dan kesihatan untuk aku melakukan kerja-kerja ini. Amin

Wednesday, February 11, 2009
Along
Ini bukan cerita kak long atau abang long yek, tapi kisah brader along yang suka kasi pinjam duit dengan bunga yang tinggi. Aku pernah kenal satu along, rasanya 6 tahun dulu.Dia dengan aku memang baik tapi aku tak pernah ambik kesempatan nak pinjam dari dia dan dia sendiri pun tak benarkan aku pinjam dari along. Along ni bukan kaya sangat la tapi boleh duduk condo yang eksklusif gak dan dia cakap pada tahun tu keuntungan dari perniagaan along ni dia dapat untung RM1.6M, dalam hati aku boleh tahan jugak dia ni, apa taknya pinjam RM500 bukan dapat RM500 pun tapi cumaRM400++ tolak itu ini tapi kena bayar hampir double dalam masa yang singkat. Itu baru sorang kot dah berpuluh-puluh.......betul la memang boleh kaya tapi dengan cara macam peras ugut jugak tapi nak buat camna itu je yang senang nak pinjam duit kot pergi kat bank belum tentu dapat lagi dan banyak kerenah dia. So, dalam masa yang dikatakan gawat dan ramai orang kena berhenti keje, tak ada gaji, gaji kena potong dan macam-macam lagi. Aku nasihatkan rakan-rakan jangan terperangkap dengan masalah ni walaumacamana terdesak pun sebab kalau tak mampu bayar alamat sampai mati dia cari tapi yang takut tu kot kita tak mati orang atau keluarga terdekat yang mati atau dikacaunya sampai nak mati. Kebetulan baru-baru ni aku ada pergi site visit kat Kepong dan ternampak gambar-gambar wanted yang dikehendaki along. Just imagine kot ada gambar-gambar yang aku kenal tak tau apa nasib diaorang ni. Jadi elakan along.
Muka-muka wanted by along......

Muka-muka wanted by along......
Wednesday, January 14, 2009
19th Days....
Tatkala seluruh dunia hanya mampu membuat protes untuk melahirkan ketidakpuashatian rejim zionis

....yang begitu kejam tanpa belas dan kasihan

peluru di tabur bagaikan pesta bunga api

bukan saja diudara malah didarat juga digempur

lihatlah anak-anak yang tak berdosa ini, agaknya apa yang difikirkan oleh mereka berbanding anak-anak kita yang sibuk belajar disekolah, makan yang sedap2...

mungkin inilah juga nasib mereka nanti, hanya Allah yang maha mengetahui. Ya Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang, yang menguasai alam semesta ini kau tolonglah hamba-hamba mu yang lemah ini.....Amin

....satu angka yang amat memalukan umat manusia sejagat yang tak berupaya menghalang atau menyekat kekejaman regim Israel and the worse part is they just around 14 million around the world compare muslims about 1.3billion, can you imagine?. Apa tidaknya selepas 19 hari apa keputusan yang telah diambil oleh PBB atau OIC yang paling biasa hanya protes diseluruh dunia, hanya protes saja maksudnya meluah perasaan tak puashati. tapi zionis dia peduli apa dengan protes tu, bak kata orang dulu2 tak berkudisnya kot orang mengata kita. Mungkin itulah pendirian Israel.
Kali ini selepas kegagalan berperang dengan Lubnan pada tahun 2006 mereka kembali dengan keazaman untuk menghapuskan rakyat palestine atas nama Hamas kononya.Apa tidaknya tanah yang dimiliki oleh Israel masa tahun 1947 hanya sekangkang kera namun pada hari ini mereka menjadikan rakyat Palestine duduk dalam buangan saja. Itu antara sejarahnya. Kalau anda mengikuti berita semasa setiausaha USA, Condolezza Rice ada membuat usul untuk gencatan senjata di Majlis Keselamatan, PBB tapi semasa undian dia sendiri menolak usul tersebut. Difahamkan Presiden Isareal telah menelefon Bush agar menolak usul tersebut. Betapa besar pengaruh Zionis ini terhadap US.
Pada hari ini diberitakan hampir 1000 orang telah maut dan beribu-ribu lagi cedera, beribu lagi tak ada rumah, makanan, api elektrik. Dan pada hari ini juga dunia hanya dapat melihat kekejaman zionis ini tanpa satu usul atau resolusi yang berjaya diluluskan. Mungkin ini tanda-tanda akhir zaman yang semakin nyata dimana yang kekejaman yang terlampau akan terus berlualasa sedangkan umat manusia hanya melihat saja.

Tuesday, January 13, 2009
Suratan atau Kebetulan
Agak-agak cerita apa yek kali ni?....mungkin ramai yang tak perasan termasuklah aku sendiri yang kebetulan menelek-nelek kalendar 2009. Memang hebat macam entry aku sebelum ni, memang kalau Allah nak jadikan sesuatu pasti jadi tak mungkin tak jadi……”Kun Fa Ya Kun ....maka jadilah ia dengan kehendak Allah" begitulah ungkapan yang ku petik dari ayat sebelum habis surah Yaasin. Mungkin bagi sesetengah orang biasa saja tapi bagi aku fenomena ni kalau dulu-dulu seingat aku la memang jarang berlaku atau rasanya tak pernah berlaku tapi kalau lihat calendar tahun ini hampir semua cuti umum berlaku di antara hari Jumaat, Sabtu, Ahad atau Isnin saja kecuali tahun baru masehi 2009 jatuh hari Khamis. Kenapa tak percaya ke? Cuba lihat dibawah cuti umum di Malaysia;
Tarikh
1 Jan 2009 - Tahun Baru Masehi 2009 - Khamis
25 & 26 Jan - Tahun Baru Cina - Ahad & Isnin
9 mac - Maulidur Rasul - Isnin
1 May - Hari Pekerja - Jumaat
9 may - Wesak Day - Sabtu
6 Jun - Agong Birthday - Sabtu
31 Ogos - Hari Kemerdekaan- Isnin
20 September - Hari Raya Puasa- Ahad
17 Oktober - Deepavali- Sabtu
1 27 November - Hari raya Haji- Jumaat
1 18 Disember - Awal Muharram- Jumaat
1 25 Disember - Krismas- Jumaat
Suratan atau kebetulan? Hebatkan !!, kot kita nak tambah cuti pun senang je tambah cuti sehari dah dapat cuti banyak hari. Renung-renungkanlah betapa Allah memberi kita nikmat yang kita sendiri pun kekadang tak perasan.

Tuesday, January 6, 2009
Berkabus lagi
Tanggal 5.01.2009 pasti akan diingati oleh para ibubapa kerna pada tarikh ini bermulalah sessi persekolahan untuk tahun 2009. Tatkala bersiap sedia nak hantar anak-anak kesekolah kulihat kabus yang tebal menyelebungi kawasan Saujana Utama. Aku yang hantar anak naik motor terasa begitu sejuknya pagi ini dan terasa seperti melanggar air yang disembur keudara gamaknya bila melalui kabus-kabus ini. Orang cakap kot kabus tebal pepagi ni tandanya hari nak panas terik. Tapi memang betul la, hari tu memang panas terik sampai ke petang. Tapi fenomena ni kira biasa kat SU ni sebab dah banyak kali berlaku biasanya kot hari sebelumnya hujan hingga ke malam biasanya pagi keesokkan harinya pasti akan berkabus. Seronok gak bila bangun pagi tengok kabus ni macam kat kawasan tanah tinggi pulak.
Gambar yang sempat aku ambil dari kawasan sekolah SKSU rasanya pada jam 7.25 pagi, walaupun anak dah besar saja nak tau kat mana kelas diorang ni

gambar kat depan rumah aku ni, biasanya boleh nampak SMKSU tapi la ni langsung

yang ni dari berandah belakang rumah aku ......memang tebal

dan biasanya boleh nampak jelas surau Al-hidayah tapi disebabkan kabus yang memang tebal langsung tak nampak

begitulah kekuasaan yang Maha Esa yang menjadikan apa saja yang dikehendaki...."kun faya kun maka jadilah" begitulah petikan dari ayat Al-Quran surah Yaasin yang biasa di baca

Thursday, January 1, 2009
Nota 2009
Pagi ni ku kira amat menyegarkan dengan tarikh keramat 1.1.09 bermakna bermulanya era baru di lebaran baru dan diharapkan dengan permulaan tahun yang penuh semangat ini akan menyemarakkan semangat perjuangan yang tinggi samada untuk memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Malam tadi aku tidak kemana-mana walaupun pada awalnya ada bercadang untuk berjalan-jalan melihat sambutan tahun baru di sekitar PJ tapi hasrat dibatalkan setelah mendengar kat berita sedangkan kat Dubai semua acara sambutan tahun baru dibatalkan bagi menghormati keadaan Palestin yang di serang teruk oleh Isreal. ditambah lagi masa pergi pasar malam dikawasan perumahan ku berjumpa pula dengan rakan yang lebih ku dikenali "Tok Mudim" dan sempat berbual dengan dia antaranya;
Aku :apa khabar doc?(sebab dia doktor la)
TM :eh baik?
Aku :tak mana ke malam tahun baru ni?
TM :nak pegi mana?, tak payah la kesian orang Palestin tu kena serang takkan kita beria-ia nak sambut tahun baru.
Aku :spontan terus jawab...betul la
......terus aku batal semua niat aku utk kemana-mana dan hanya buat rutin biasa je ke surau dan kebetulan ada sembahyang hajat utk rakyat Palestin,lepas tu berbincang dgn rakan-rakan tentang program Surau yang terdekat dan juga program terbesar pada bulan Mei nanti yang kertas kerjanya perlu aku siapkan by this month sebelum buat follow dgn agensi-agensi yang berkaitan...pegi minum jap kat biasa la kedai bakar dan jumpa lagi rakan-rakan lain dan yang best jumpa Berlingo yang dah lama aku tak jumpa, sempat juga dia meluahkan hati tentang kerjanya yang terlampau banyak dan dia pun naik pening, lalu aku cakap kat dia "kerja-kerja jugak kesian C haloi dgn C ganal dengar sampai menangis rindu kat hang", lantas dia jawab "aku tau samrin tu yang aku kesian tu...bla..bla..bla dia menceritakan kisahnya at last aku tanya "la kau nak pegi mana ni?..."mana lagi balik rumah la tengok anak bini"...ok la.
Jam menunjukan pukul 11 malam, masa tu ada 8 orang kat situ tengah rancak borak pasal nak gi outing, aku pun dah letih terus balik rumah. kat rumah pulak borak-borak dgn family yang masih belum tidur sambil layan TV dan jam 12.20 alu pun dah lelap.
Itu kisah semalam tapi hari ni banyak benda nak aku buat dari pagi hinggalah kemalam dan aku juga berharap agar aku lebih rajin jengok dan update aku punya blog ni yang kekadang mood dia turun naik je. Tapi sepanjang tulis blog ni semuanya hanya idea spontan je dan tak ada nak karang awal-awal macam tetiba ada ilham terus je taip dan post...begitulah kisahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)