Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

cantik tak?



keindahan awan yg kadang kala boleh membentuk sesuatu yang menarik untuk dipandang

Wednesday, February 24, 2010

garage sale

saya memang suka barangan 2nd hand ni dan masa duduk sunway dulu biasa gak pegi garage sale kat amcorp mall yang masa tu pun baru nak hidup tapi la ni tempat tu dah terkenal especially setiap hujung minggu untuk acara garage sale yang mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk. Bila duduk SU ni kira malas la nak pegi sana kira dah jauh la tapi alhamdulillah sekarang dah mula jadi trend untuk buat jualan 'garage sale' atau car boot sale dan aku pasti tertunggu next program yang akan di adakan. Jika pada tahun lepas su.net ada mengadakan program sebegini di depan pasaraya 10to10 dan baru-baru ni komunitiku juga ada buat program garage sale ni dan pastinya banyak barangan menarik yang di jual. nak tau apa aku pernah beli...

radio ni aku beli masa jualan garage sale komuniti cemara west baru-baru ni dengan harga RM40 je, walaupun lama tapi aku suka model macam ni...sound dia sedap

...at last aku decide untuk letak kat bilik aku kat ofis


yang ni lak aku beli masa su.net buat garage sale dan harganya hanya RM30 je...pure cooper


....ada beberapa koleksi ku, barangan terbuang tapi bila di bersihkan masih cantik dan menarik lagi.....ada pepatah kata "sampah kita harta orang lain".

Thursday, January 21, 2010

Berbudi pada tanah..

Berbudi pada tanah pasti akan ada hasilnya begitulah ungkapan yang selalu kita dengar dan alhamdulillah berkat kesabaran kalau dulunya hanya tanah terbiar tapi kini telah memberikan hasilnya. Bukan aku seorang je yang rajin bercucuk tanam di belakang rumah tapi hampir majoriti penduduk yang belakang rumahnya adalah tanah kosong/tapak dewan memang akan bercucuk tanam. Mungkin lain kali saya akan paparkan bagaimana keadaan kebun sayur-sayuran aka kebun buah-buahan di sepanjang belakang rumah ku ini. Untuk kali ini lihatlah pokok yang ada di belakang rumah ku.

............buah ciku yang cantik dan manis buahnya

nah ni dia.....buah mata kucing yang beberapa kali berbuah dengan lebatnya


Belimbing wuluh (Averrhoa bilimbi) ni kot masak cili padi keli bakar atau daging salai memang sedap sekali

limau kasturi yang memang banyak khasiatnya

cempedak kacukan yang buahnya hampir 30 biji banyaknya....ini buah yg ke 30 la ni

apalagi jangan la malu-malu nak bercucuk tanam....jom kita berkebun

Thursday, January 8, 2009

Bonsai

Benda yang dah lama aku nak buat tapi tak pernah jadi walaupun pernah cuba, pernah tu orang kasi pokok dah siap dia buat bonsai tapi sampai kat tangan aku pokok terus membesar sebab aku tak reti nak jaga dan dah tak nampak macam bonsai dah. Antara tip yang terpenting kalau nak berkarya dengan bonsai mesti lah rajin meneleknya setiap hari dan yang penting rajin bercakap dengan pokok yang tengah nak buat bonsai ni. Tapi dalam hati aku kot hari-hari aku cakap dengan pokok, elok-elok aku sihat kang ada orang cakap aku dah tek betul pulak....hahaha. Namun keinginan nak buat bonsai timbul balik sebab baru-baru ni ada pergi rumah sedara kat PJ dan kat rumah dia ada beberapa pokok bonsai yang memang cantik dan ada tu ada orang dah beli pun terutamanya kaum Cina, diorang ni memang suka pokok jenis ni. Yang uniknya pokok ni dia tak pernah beli termasuk la sebahagian pasunya yang digunakan dari orang buang kat tong sampah tapi bila dah buat nampak cantik dan kreatif. Layan la gambar pokok ni yang aku ambik thru my handphone je pada jam 12 malam...





Tuesday, December 2, 2008

Cameraman vs Videographer

....different title but still on the "akad nikah" event, the most busy man need to run here and there.....I know what they feel and what they want. That why,this post dedicated to all the pro & amatuer cameramans and videographers for the best effort for the best shoot for the best angle for the best photos or movements with your very best creativity whether paid off or volunteers but at the end of the day is for self satisfaction on job and result that has been done. Always remember your job is not easy as some people said and not just shoot & snap but to make the pictures truly life.....some people said pictures always tell the truth or pictures can tell more than thousand words.

See.....how many of them?

ready to shoot...sabar ye bang

action............

.......look very seriuos

.......come on don't miss this

.............my turn ok

alright now my turn.....