Wanita disimbah cuka, serbuk lada
SUBANG JAYA: Keghairahan seorang wanita untuk merebut jawatan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan apabila cedera akibat disimbah cecair dipercayai campuran cuka dan serbuk lada oleh penyerang tidak dikenali pagi semalam.
Difahamkan, sebelum ini mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memintanya berundur daripada bertanding jawatan panas itu, tapi tidak dihiraukan berikutan hasratnya ingin memegang jawatan penting di sekolah anak perempuannya itu.
Ketika kejadian jam 8 pagi itu, mangsa menghantar anaknya di sekolah Wawasan Tun Sambathan, USJ15 di sini, sebelum dia didatangi seorang remaja memakai pakaian seragam sekolah tidak dikenali menaiki sebuah motosikal secara tiba-tiba menyimbah campuran cecair berbisa itu tepat ke arah matanya.
____________________________________________________________________________________
....orang akan buat apa saja, begitulah petikan berita di beberapa akhbar semalam, semata-mata ingin berbakti secara sukarela demi kebaikan sekolah namun pasti ada yang akan berdengki, lumrah hidup pada hari ini yang ku rasakan semangkin terdesak dan sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat. Ditaman aku yang baru selesai mesyuarat PIBG pada Ahad yang lepas juga agak panas di sebabkan masalah lama yang tak ditangani secara bijaksana. diharapkan barisan AJK yang baru akan meneruskan tradisi sebagai perantara antara ibubapa dan guru-guru secara lebih ikhlas. Bukan saja membangunkan atau menjaga kemudahan fizikal sekolah tapi juga terhadap perkembangan modal insan, pelajar yang berwibawa dan persekitaran yang lebih kondusif. Bagi aku tak jadi AJK bukan bermakna kita tidak boleh menyumbang pastinya masih ada ruang yang terbuka luas untuk kita berbakti kepada sekolah atau apa juga platformnya dan pastinya aku akan memberikan idea dan pandangan ku untuk aktiviti yang ku kira amat baik untuk dilaksanakan oleh pihak PIBG.
Komen aku pasal aku punya PIBG......aku yang hadir awal utk mesyuarat PIBG tu terpaksa akur disebabkan program yang dirancangkan terlalu lama, bayangkan masa aku datang jam 9.00 pagi parents memang ramai dekat dengan 300 ku kira tapi kena tunggu sampai jam 12 baru meeting bermula dan waktu itu aku kira hanya tinggal 40% je yang tinggal dan yang lebihnya 60% dah balik, tak boleh tahan, ada hal lain. Bagi aku rugi tak dimanfaatkan masa yang telah ruangkan oleh parents yang hadir di awal pagi oleh PIBG untuk terus bermsyuarat berbanding acara sampingan yang ku kira boleh kita skip. Semalam ada jumpa geng2 yang stay sampai akhir dia cakap nama aku pun naik gak dicalonkan sebagai YDP ke atau ajk je tapi sebab aku tak ada kira tak valid la tapi aku ucapkan terima kasih kepada yang mencadangkan nama aku tu tapi yang pasti kita harus terus berbakti walaupun kita bukan barisan bertindak yang dipilih.
Showing posts with label my view. Show all posts
Showing posts with label my view. Show all posts
Wednesday, February 25, 2009
Wednesday, February 18, 2009
Benchmark
sehari dua ni sibuk orang cakap pasal exco Selangor Elizebeth Wong yang lebih mesra di panggil Eli. Mana tak kecoh, dari orang politik hinggalah kewarung-warung kedai kopi semua cerita benda panas ni. Kita yang dok kat bandar ni mungkin senang la dapat latest info, check mana-mana website boleh dapat info baru dan terkini tapi kot yang yang duduk kat luar bandar atau pendalaman semuanya mesti tergaru-garu macamana la di cakap gambar tu, gambar bogel ke? semua tak terjawab la bagi mereka yang tak mempunyai internet ni. Aku dah tengok gambar tu dan ada dua keping gambar kot itulah yang disebarkan, gambar muka saja yang sedang pejam/tidur dan satu lagi gambar yang muka agak bler tapi pakai baju dan berkain batik yang terselak dan hanya gelap saja........yang pasti orang tengah tidur kena ambik gambar la. Rata-rata newspaper hari mengatakan beliau telah hantar surat letak jawatan untuk semua jawatan yang disandang.
Itu ceritanya, tapi apa yang aku nak jelaskan sebagai warga Malaysia, kot itulah yang menjadi benchmark atau kayu pengukur yang menyebabkan mereka kena resign dari jawatan especially for politician, its not fair to her sebabnya ianya gambar peribadi yang diambil tanpa kita sedar dan bukannya gambar dia dengan 3rd party yang sedang bersuka ria. That while, if this case is the benchmark for Malaysian politician I'm strongly believe will be more nude picture or gambar tak senonoh pemimpin will be reveal by anyone outside there tapi apakah mereka juga akan turut letak jawatan?...tunggu dan lihat la nanti. Yang pasti lepas ni kerjaya photograher will be more popular dan bermula era paparazi macam kat oversea sebab gambar ini tentunya akan diberi harga yang amat tinggi.

Agak-agaknya la...
Photo ini ikhsan dari blog cikliah yang aku pinjam.

.........bukan nak cerita pasal depa lompat parti tu sebab banyak dah sebut dan ulas pasal bende ni tapi aku nak tanya gak la, agak-agaknya la macamana la depa ni nak serve/berkhidmat kat orang yang mungundinya sebabnya dah la lompat parti satu hal, jadi calon bebas pulak tapi sokong BN. So bila jumpa dengan pengundi kat tempat mereka ni apa mereka nak cakap dan macamana mereka nak bawa suara rakyat kot rakyat yang mengundi tengah marah. Sebab aku dengar ada tampal macam2 baner kat rumah atau kat kampung mereka yang semuanya tak sedap dibaca. Kot memang mereka dah tak balik dah kat kawasan mereka. Kesian......kesian.....kesian pada pengundi

Subscribe to:
Posts (Atom)