Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Salam Maal Hijrah buat semua umat islam semoga dengan kedatangan tahun baru islam ini akan memberi kita semangat dan ketabahan dalam kita mengharungi liku-liku kehidupan di dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaranya. Apa azam anda?

Tuesday, December 8, 2009

be healthy.....strong immune system

just share a good article for our knowledge.


Please click to enlarge size

Tuesday, December 1, 2009

akhirnya....

setelah sekian lama tak update blog ini dan cubaan utk update baru2 ni gagal sebab dah terlupa passwordnya dan tetiba hari ini aku berjaya kembali untuk bukak balik blog aku yang dah lama usang ini. Semoga dengan keinginan dan semangat baru ini aku aka terus berkarya untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain........untuk kepuasan diri sendiri saja. Sebab itu artikal yang aku paparkan mungkin tidak memenuhi citarasa mereka diluar sana. Aku mohon maaf banyak2 dan hanya mampu buat apa yang aku rasakan bersesuaian dgn kehendak diri ini dan bukan kehendak orang lain.

Akhirnya terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah di blog aku ini dan aku hargai semua pandangan dari anda semua.

cheers.

Monday, June 22, 2009

Aku dah malas ke?

Lama dah tak update aku punya blog ni, bila check last entri bertarikh 24 May 2009 itu pun untuk bulan Mei hanya ada 2 entri saja. Ini bermaksud aku dah mula malas nak melayan blog kot atau sebab kerja-kerja ofis yang semakin bertambah dan pelbagai aktiviti setempat yang melibatkan diri ku yang membataskan segala minda ku untuk terus menulis atau mungkin itu semua hanya satu alasan saja....tapi dalam hati ini selalau berkata-kata "kau pandai la ya, kot tak update blog kau salahkan orang lain la, salahkan aktiviti setempat la tapi pokok pangkalnya diri sendiri la. Kalau betul kau minat blog susah camana sekali pun atau sebuk macamana sekali pun pasti akan di luangkan masa untuk melihat dan cuba-cuba untuk mengemas kini blog ini. Ok ini adalah amaran ye, kalau keadaan ini berterusan blog ini akan di tutup langsung. Itu kata hati ku, harap-harap aku mendengarnya la kan dan terbuka hati untuk terus berblog.

Nak tau apa kesudahannya......kita tengok la nanti apa akan jadi

Sunday, May 24, 2009

Akhirnya Dia Kembali

Tanggal 17 Mei 2009 awal pagi ahad jam 4.40 pagi aku dikejutkan oleh panggilan kakak iparku yang memberitahu bahawa adik ku yang telah di masukkan hospital pada pagi Sabtu telah menghembuskan nafas yang terakhir. Aku selaku abang di atasnya dan rapat dengan arwah tak dapat nak bayangkan perasaan sewaktu itu. Aku hanya duduk hampir 15 minit tanpa berkata apa-apa, isteriku pada waktu itu ada bersama hanya berdiam seketika dan mula membuka cerita bagaimana saat terakhir kami berjumpa arwah pada hari pekerja yang lepas iaitu 1 Mei 2009. Waktu itu hati ini memang teringin nak balik kampung kerana agak lama tak berkesempatan disebabkan tugasan yang tidak dapat dielakkan.Namun balik yang hanya seketika kerana pada pagi Sabtu anak yang sulong ada kelas tambahan untuk pelajar darjah 6. Maka pada petang khamis kami bertolak dan bermalam di kampung dan keesokkan malamnya kami bertolak balik ke Saujana.

Pada kebiasaannya, arwah antara orang yang sibuk akan menyediakan pelbagai ole-ole kampung dan kali ini dia begitu beriya-iya untuk membawakan aku buah sukun dan ciku yang dipetiknya dikawasan rumah kami dikampung. Sebenarnya arwah ada mengalami kemalangan 4 hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya tapi pada waktu kejadian beliau jatuh motor sendiri di sebabkan tayar belakang motornya meletup dan lepas tu terlanggar lopak dan terjatuh. Tapi tiada kecederaan serius kerana arwah masih boleh hantar motornya ke bengkel dan balik naik bas ke rumah. Hanya luka di kaki kananya dan juga kawasan lengan maka disebabkan tiada perkara yang dirisaukan maka dia tidak buat pemeriksaan doktor namun selepas 4 hari iaitu pada pagi Sabtu dia mengadu sakit dada dan sesak nafas. Pada waktu itu kebetulan abangku yang tinggal berhampiran telah datang untuk menziarahinya merasa tak sedap hati dan lantas membawanya kehospital. Setelah di periksa oleh pihak doktor dia terus dimasukkan wad kecemasan dan diberitahu dia hanya memanggil nama ibu saja dan tiada nama lain. Aku mendapat sms dari abangku lewat senja petang Sabtu dan disebabkan dia di ICU maka tiada apa yang boleh aku lakukan dan membuat keputusan untuk melawatnya pada pagi ahad saja. namun hajat ku tidak kesampaian tatkala mendapat berita yang beliau telah meninggal dunia pada pagi Ahad jam 4.20pagi ketika dalam perjalanan pemindahan ke Hospital Sg Buloh.

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Shahrul bin Mohamed Salem, semoga akan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru

Hari ini tanggal 16 MEi 2009, hari dimana setiap tahun telah diisytiharkan sebagai hari guru. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru-guru, terutamanya kepada guru-guru dari aku darjah 1 hinggalah aku kemenara gading. Tanpa kehadiran kalian, tanpa kesungguhan dan kesabaran pastinya aku tidak berada di tahap ini. Walaupun mungkin aku bukan seorang jutawan tetapi aku bangga aku telah mengerti pengorbanan seorang guru. Aku cuba mencurahkan bakti kepada masyarakat sebagaimana seorang guru berbakti kepada anak muridnya. Buat para guru;

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada guru-guruku )

Thursday, April 30, 2009

Apa lelaki mahu?

Betul ke apa yang ditulis ini merupakan kemahuan lelaki? atau juga apa yang lelaki cari-cari selama ini? please click at picture to enlarge.