Thursday, December 31, 2009
31.12.2009
Hari ini akan merupakan hari terakhir tahun masihi 2009 dan bermula dari jam 12.01 tengah malam nanti nombor akan bertukar kepada 2010 dan semuanya yang berlaku sepanjang tahun 2009 akan menjadi lipatan sejarah samada diri, keluarga, sahabat handai, komuniti juga negara amnya. Bagaimana sepanjang tahun 2009?...bagus atau biasa saja atau entah la. Tanyalah pada diri masing-masing atas apa juga pencapaian anda sepanjang tahun lalu. Esok kita akan memulakan buku catatan baru di kalendar masihi 2010 yang pasti kita harapkan satu tahun yang lebih baik dari tahun sebelum.
Aku?....banyak benda berlaku. tercapai ke?....ada yang dapat ada yang tak dapat....gagal?...kegagalan yang berlaku akan menjadi pembakar semangat untuk teruskan kehidupan ini.....sampai bila?....selagi hayat di kandung badan.
salam tahun baru masihi 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment