saya memang suka barangan 2nd hand ni dan masa duduk sunway dulu biasa gak pegi garage sale kat amcorp mall yang masa tu pun baru nak hidup tapi la ni tempat tu dah terkenal especially setiap hujung minggu untuk acara garage sale yang mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk. Bila duduk SU ni kira malas la nak pegi sana kira dah jauh la tapi alhamdulillah sekarang dah mula jadi trend untuk buat jualan 'garage sale' atau car boot sale dan aku pasti tertunggu next program yang akan di adakan. Jika pada tahun lepas su.net ada mengadakan program sebegini di depan pasaraya 10to10 dan baru-baru ni komunitiku juga ada buat program garage sale ni dan pastinya banyak barangan menarik yang di jual. nak tau apa aku pernah beli...
radio ni aku beli masa jualan garage sale komuniti cemara west baru-baru ni dengan harga RM40 je, walaupun lama tapi aku suka model macam ni...sound dia sedap
...at last aku decide untuk letak kat bilik aku kat ofis
yang ni lak aku beli masa su.net buat garage sale dan harganya hanya RM30 je...pure cooper
....ada beberapa koleksi ku, barangan terbuang tapi bila di bersihkan masih cantik dan menarik lagi.....ada pepatah kata "sampah kita harta orang lain".
..copper!..not cooper!..
ReplyDelete