Wednesday, August 25, 2010

Baju raya atau bendera

nampaknya dalam sedar tak sedar ramadan dah masuk hari ke 15 dan hari ini adalah 25/8/2010 bermakna dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Tapi kali ini agak berbeza sikit sebab di sambut dalam bulan ramadan dimana kita sedang sebuk berpuasa dan bersemangat untuk beraya. Maka kemeriahan merdeka itu nampaknya tengelam di sebabkan orang berpuasa dan nak raya. ye lah kan bila sebut pasal merdeka orang hanya ingat nak kibar bendera kat rumah la kat kereta la dan bila tiba waktunya iaitu 31 Ogos maka tergambarlah perarakkan dari pelbagai agensi kerajaan atau swasta samada kat dataran merdeka atau kat putrtajaya....nampaknya macam aktiviti yang meletihkan bagi orang yang berpuasa, sapa nak berdiri lama-lama kat tengah panas tu di tambah lagi sapa yang terlibat dengan perbarisan/ perarakkan. Tapi kali ini aku tak perasan lak ada ke kereta yang pasang bendera tu...rasa macam tak ada je dan kalau lalu depan rumah kat kawasan perumahan aku pun tak nampak pun orang pasang bendera macam kebiasaan cuma yang ada cuma di taska2 je itu pun tak semua yang pasang.

Adakah ini di sebabkan orang sebuk nak beli baju raya daripada nak beli bendera kot....kurangkah jiwa merdeka kita kalau kita tak pasang bendera kat kereta atau kat rumah. Aku sendiri pun tak pasang apa-apa pun tapi aku tetap ingat yang malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Selamat menyambut merdeka buat semua dan selamat beli baju raya.

Wednesday, August 11, 2010

ramadan oh ramadan



dalam diam tak diam hari ini adalah 1 Ramadan dan bermakna hari ini umat islam di malaysia dan di dunia telah mula berpuasa. Aku juga tak ketinggalan untuk menunaikan rukun islam yang ke 3, berpuasa di bulan ramadan. Aku harap ramadan kali ini akan memberi makna yang lebih baik dari ramadan yang lalu. Moga ramadan kali ini lebih di berkati oleh yang ESA. AMin