Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

ramadan oh ramadan



dalam diam tak diam hari ini adalah 1 Ramadan dan bermakna hari ini umat islam di malaysia dan di dunia telah mula berpuasa. Aku juga tak ketinggalan untuk menunaikan rukun islam yang ke 3, berpuasa di bulan ramadan. Aku harap ramadan kali ini akan memberi makna yang lebih baik dari ramadan yang lalu. Moga ramadan kali ini lebih di berkati oleh yang ESA. AMin

Sunday, January 4, 2009

Recycle?

Pelik tapi benar itulah ungkapan yang ingin aku ketengahkan tentang tajuk ini, tapi apa yang ingin aku ketengahkan adalah coretan yang mudah dan ringkas yang perlu kita sesama renungkan bersama tentang impian setiap insan yang pastinya untuk lebih baik dan lebih berjaya mungkin lebih kaya dan terus kaya atau mungkin juga ingin berubah agar lebih berbakti kepada golongan yang memerlukan atau apa saja yang dihajati di hati atau ikut saja selera yang tuan-tuan inginkan. Yang pasti semuanya itu mungkin bermula dengan angan-angan yang juga merupakan titik mula kepada impian yang pasti akan menjadi kenyataan jika di susuli dengan perancangan yang teliti, keazaman yang tinggi, dedikasi berterusan dan mungkin juga hanya tingal angan-angan saja jika tidak diiznkan olehNya. tapi adakah setiap tahun itu perlukan azam yang baru? maka jika kita tak ada azam seperti orang tak ada arah? atau lebih baik kitar semula atau recycle saja keazaman kita setiap tahun atau selang beberapa tahun daripada mengejar impian atau azam baru setiap tahun tanpa ada kesudahan.

Mungkin juga kita rasa sesungguhnya bahawa kita ini hanya lebih kepada terikut-ikut saja atau hanya lidah saja yang berazam baru tapi hakikatnya jiwa dan diri kita tak bersedia langsung dan lebih mudah jika kita terjemahkan bahawa keazaman yang dibuat itu hanyalah satu retorik saja demi kelihatan cantik ungkapan sedap pada pendengaran telinga atau hangat untuk di bualkan sesama rakan-rakan.

Maka jika itulah keadaannya lebih baik kita bermuhasabah diri kita ini, tahap manakah keinginan kita untuk berazam untuk merealisasikan azam tahun baru kita itu. Satu golongan cakap tepuk dada tanya selera atau tepuk dada tanyalah iman tuan-tuan.

Tuesday, December 9, 2008

Korban

Satu perkataan tapi bawak maksud banyak. Siapa pernah berkorban? hampir semua orang pernah berkorban cuma berbeza cara mereka berkorban samada berkorban, dikorban atau terkorban. Apa yang pasti hidup ini perlukan pengorbanan demi sebuah kejayaan atau mungkin juga kegagalan. Namun berita dalam seminggu ini amat mengharukan rakyat Malaysia khususnya apabila tanah runtuh berlaku di kawasan kediaman mewah Bukit Antarabangsa menyebabkan 14 rumah musnah dan 4 orang telah terkorban dan beberapa hari selepas itu juga sebuah bas yang terbalik di Johor yang juga menyebabkan 14 orang juga terkorban.Apatah lagi di saat umat islam bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan Hari raya Korban. Begitulah antara cerita untuk dikongsikan dalam lipatan sejarah tanahair yang mengakhiri bulan Disember 2008 dengan satu tragedi yang akan diingati sampai bila-bila. Jika dibelek-belek sejarah lepas banyak bencana juga petanda kebesaran Allah s.w.t yang berlaku pada bulan Disember dan yang sentiasa segar dalam ingatan ku juga rasanya dari ingatan kalian tentang kejadian Highland Tower menyembah bumi berlaku pada bulan Disember 11, 1993,
2 blok tinggalan yang masih wujud lagi sehingga hari ini


bencana Tsunami berlaku pada Disember 26, 2004


dan terbaru korban Disember 6, 2008.


Aku telah melihat semua kejadian ini......semoga kita sentiasa melihat kejadian ini sebagai satu hikmah yang pasti ada pengajaran yang mesti kita pelajari. Salam Aidiladha buat semua umat islam diseluruh dunia.