lama tak buat entri hasil tulisanku dan kebanyakkan entri aku adalah hasil pemilihan berita bergambar yang aku dapat dari pelbagai sumber dan yang penting berita tersebut menarik dan boleh di kongsi bersama. Namun pagi ini aku tetiba ingin menulis sesuatu atas sebab naluriku, dalam perjalanan ke pejabat singgah sebentar di gerai tepi jalan yang biasa aku lalui untuk mendapatkan akhbar kosmo dan sebab aku beli sebab regenya hanya RM1 saja dan berbahasa melayu. Kalau di pejabat ada pelbagai suratkhabar berbahasa inggeris so adillah utk aku membaca akhbar berbahasa melayu ini. Cerita depan memang gempak, berita bergambar pasal rakaman video seks bukak muka 2 dan 3 sama jugak....aduh apa dah jadi dengan Malaysia ni senang sangat nak dapat cerita pasal seks dan macam perkara biasa je. Kata ada satu copy je dan dah serah pada polis tapi camna boleh tersebar lak gambar dan sedutan video tersebut, nampaknya ada yang tak kena semuanya.
Masuk ofis macam biasa bukak laptop dan melihat berita sana sini sebelum mulakan tugasan harian dan sambil minum teh o yg dibuat oleh kak ain tetiba seorang perempuan terjengok kat depan bilik ku, ohhhhh pekerja yang nak cuci talifon ku yang datang setiap minggu dan aku memang tak pernah tegur pun tapi pagi ni tetiba perempuan tu bersuara dengan ku " dah tengok ke video tu? aku terkejut dan dengan selamba cakap ....belum jawabku pendek dan dia bertanya lagi betul pasal video tu dan orang didalamnya...lantas ku jawab BUKAN. dia berkata lagi yang dia ada dengar pasal sedutan video seks tu dah tersebar semalam tapi dia tak sempat nak tengok kat internet dan terus berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment