Thursday, March 24, 2011

Jepun memang hebat....tengok ni

Gambar sebuah jalan raya Jepun yang terbelah ini kerana kekuatan gegaran gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Sekarang apa yang mengagumkan dunia ialah bagaimana kemampuan negara matahari terbit itu untuk membina semula jalan raya itu dengan pantas, sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal. Itu kemudiannya dibuka untuk lalu lintas malam semalam.

Kembali semula...: Inilah Great Kanto Highway yang hancur kerana gempa bumi pada 11 Mac - tetapi dibaiki semula hanya dalam masa enam hari.

kredit: pulakdah & ap

Tuesday, November 16, 2010

Thursday, September 23, 2010

sapa nak 4 billion?

salam syawal buat semua yang masih merasai kehangatan syawal dan sana sini masih ada jemputan rumah terbuka terutama di bandar2 secara khususnya di taman2 perumahan. raya raya juga tapi berhemahlah jangan sampai nak beraya sampai papa kedana. N3 kali ini bukan sebab cite pasal raya tapi tak tahan bila baca akhbar dan info kat internet yang mengatakan kerajaan pas kelantan dapat sumbangan 4 billion. Bukan dengki ke apa tapi macam tak caya bercampur macam tak kena je bunyinya. Sekali baca macam tak caya je dan aku memula rasa macam mesti salah taip punya ye la bukan sikit tu kalau 4 juta kira macam logik jugak la. Dalam kepala otak aku fikir ada ke orang biasa kat malaysia yang duit banyak tu, dan yang ni tetiba nak kasi kat kelantan lak macam tak logik je. 4 billion sama dengan 4000 juta....banyak gile tu!!! Orang nak kasi tu sapa pulak tu? kalau ikut berita dapat projek kat tumpat, pembangunan bersepadu sebanyak 300 billion bunyi macamlebih besar dari Iskandar Malaysia je gamaknya. Di Pihak kerajaan negeri sekeras2nya menafikan yang mereka terlibat dan ada pihak sebelah lagi tu dah mula buat laporan polis.

bagi aku rakyat biasa yang tak berapa pandai, semua ni memang tak logik la kot betul la nak sumbang duit tu datang dari mana? dah la projek tak start lagi. Ini semua jenis lawak antarabangsa je. Kot nak cite lebih lanjut carilah kat mana2 sumber kat internet ni.

Tuesday, September 7, 2010

Salam eidul fitri

Iklan raya yang membuat kita tersentuh setiap kali melihatnya.

Wednesday, August 25, 2010

Baju raya atau bendera

nampaknya dalam sedar tak sedar ramadan dah masuk hari ke 15 dan hari ini adalah 25/8/2010 bermakna dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Tapi kali ini agak berbeza sikit sebab di sambut dalam bulan ramadan dimana kita sedang sebuk berpuasa dan bersemangat untuk beraya. Maka kemeriahan merdeka itu nampaknya tengelam di sebabkan orang berpuasa dan nak raya. ye lah kan bila sebut pasal merdeka orang hanya ingat nak kibar bendera kat rumah la kat kereta la dan bila tiba waktunya iaitu 31 Ogos maka tergambarlah perarakkan dari pelbagai agensi kerajaan atau swasta samada kat dataran merdeka atau kat putrtajaya....nampaknya macam aktiviti yang meletihkan bagi orang yang berpuasa, sapa nak berdiri lama-lama kat tengah panas tu di tambah lagi sapa yang terlibat dengan perbarisan/ perarakkan. Tapi kali ini aku tak perasan lak ada ke kereta yang pasang bendera tu...rasa macam tak ada je dan kalau lalu depan rumah kat kawasan perumahan aku pun tak nampak pun orang pasang bendera macam kebiasaan cuma yang ada cuma di taska2 je itu pun tak semua yang pasang.

Adakah ini di sebabkan orang sebuk nak beli baju raya daripada nak beli bendera kot....kurangkah jiwa merdeka kita kalau kita tak pasang bendera kat kereta atau kat rumah. Aku sendiri pun tak pasang apa-apa pun tapi aku tetap ingat yang malaysia merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Selamat menyambut merdeka buat semua dan selamat beli baju raya.

Wednesday, August 11, 2010

ramadan oh ramadan



dalam diam tak diam hari ini adalah 1 Ramadan dan bermakna hari ini umat islam di malaysia dan di dunia telah mula berpuasa. Aku juga tak ketinggalan untuk menunaikan rukun islam yang ke 3, berpuasa di bulan ramadan. Aku harap ramadan kali ini akan memberi makna yang lebih baik dari ramadan yang lalu. Moga ramadan kali ini lebih di berkati oleh yang ESA. AMin