Thursday, March 12, 2009

Bila Internet Down

Ini semua cerita last weekend la, entah apasal ntah internet kat rumah ON & OFF, tak stable boleh pakai tapi setiap 10 minit di datang gila dia. Dengar cite banyak tempat yang kena macam ni. Dah la isnin cuti tu lagi bengang, kalau tak, tentu banyak benda boleh disiapkan. Bukan saja kerja-kerja luar malah sesetengah kerja ofis pun boleh la aku buat. Nak kena tunggu hari kerja baru boleh buat. Dulu lain sekarang lain, orang cakap kot tak ada astro tak boleh hidup maklumlah banyak hiburan di sediakan tapi la ni bagi aku astro tak ada tak ada hal sebab kat rumah pun jarang tengok tv tapi tak ada internet....perghhhhh susah beb, macam terputus hubungan dengan dunia luar la. Tambah-tambah lagi macam last weekend, ada macam-macam program kat KL, dengar haru-biru dibuatnya, so mana nak cari latest update dari pelbagai aspek kot nak harapkan tv, alamak dapat komen yang biasa aku dengar je la. maka untuk cerita yang sebenarnya kena buat carian kat internet la, ada website, ada macam-macam blog yang di update setiap masa, lagi cepat dari berita terkini gamaknya. Begitulah besarnya peranan internent pada hari ini, bukan kecik2 punya peranan memang sangat pentinglah dan telah diakui oleh kerajaan antara media yang banyak mempengaruhi penduduk bandar. President Obama pun antara gadget yang sentiasa dibawa masa pilihanraya adalah dia punya blackberry yang memudahkan beliau update dan check instant email dari seluruh pelusuk negeri.

Ini baru aku punya cerita yang tak seberapa gila sangat dengan blog, tapi bayangkan yang memang makan internet, tidur internet, mandi internet...ala macam iklan bola tu.
So, aku harap hari ni bila aku balik internet dah ok la sebab semalam pun belum ok lagi depa cakap (TM) maintenance work will be complete by 11/3/2009, harap-harap betul la kot tak betul memang nak kena depa ni.

No comments:

Post a Comment