Wednesday, March 11, 2009

Aku dan masa..

Setelah hampir seminggu lebih aku punya blog tak terusik disebabkan kerja-kerja yang tak dapat dielakkan ditambah dengan masalah teknikal aku punya laptop, akhirnya hari ini telah pulih seperti sedia kala ini menyebabkan masa yang ada amat berharga untuk aku untuk menyiapkan seberapa banyak kerja yang boleh. Tapi aku tak boleh salahkan masa, masa yang diberikan pasti hanya 24jam saja. Walau macamana sekali pun cuba putar belitkan ianya hanya 24jam sehari semalam. Dulu masa kecik, sehari rasa lama je lama sangat tambah bulan puasa lagi la rasa lama yang teramat. Namun masa bergerak dan berubah jika dulu-dulu aku kecik kini aku dah bertambah dewasa bukan tua tau...hahaha. Manusia-manusia pasti tak pernah cukup dengan apa yang ada dan sentiasa tak pernah sempurna, itulah kehidupan manusia. Dari bulan januari hingga ke saat ini rasanya jadual harian, migguan dan pelan bulanan bertambah ketat, setiap hari pasti ada benda yang nak kena buat, ada meeting perlu dihadiri, ada perbincangan perlu diikuti, ada kertas kerja perlu dilengkapkan, ada coretan perlu di muatkan, ada......ah pendek kata macam-macam ada la.

Minggu lepas, memang amat sibuk ditambah komuniti tempat aku tinggal akan mengadakan jamuan makan malam tahunan buat kali ke-5 tapi kot aku punya culculation dah kali ke-6, sebab yang pertama kali buat masa tu buat kat tepi rumah aku, masak semua kat dalam rumah aku walaupun agak kecil bilangan yang hadir tapi setakat 60 orang for the 1st time kira bagus gak dan rasanya aku masih simpan video yang aku rakam. Kot nanti ada masa aku cuba korek-korek khazanah lama tu. Balik pasal jamuan yang baru lepas memanglah bukan mudah nak organise tambah-tambah semua buat atas sukarela tak ada paksa-paksa. Meeting jangan certia la belum lagi unofficial discussion tapi matlamat satu agar majlis yang dijalankan adalah yang terbaik yang mampu kita adakan.
Setelah bersennkengkang mata dari jumaat malam hinggalah sabtu akhirnya majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai. Sesunguhnya majlis ini penting sebagai wadah untuk setiap ahli masyarakat berkumpul selepas pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan januari yang lebih dekenali sebagai bulan sukan.

Ok, habis bab jamuan, bukan setakat itu saja, tangan ni mula menaip-naip untuk membuat laporan samada untuk tatapan rakan-rakan, blog komuniti yang ada, hantar ke website komuniti dan hari ini aku baru siapkan untuk siaran akhbar harian dan rasanya esok artikal tu boleh keluar, ini merupakan satu kepuasan buat diriku atas kerja yang aku lakukan. Habis semua ni, bulan April ada satu projek utama untuk aku punya website, bulan Mei juga ada satu projek besar dengan surau dan kena siapkan kertas kerja selewat-lewatnya minggu ni begitu juga untuk projek lagi besar pada akhir Jun, tapi ingat ini bukan projek berbilion-bilion tapi hanya projek kemasyarakatan saja, kerja sukarela saja, tiada ganjaran yang diharapkan namun demi kepuasan diri ini. Harap-harap semuanya akan berjalan seperti yang aku rancangkan yang penting kena bahagikan masa dengan sebaiknya untuk diri, keluarga dan masyarakat. Semoga Allah akan memberi kekuatan dan kesihatan untuk aku melakukan kerja-kerja ini. Amin

No comments:

Post a Comment