Saturday, November 29, 2008

Hamster yatim Piatu part II

Still remember the early story recently?......what happen to the babies?...are they still survive?.....you want to know?.......come on la just a weekend don't stress your head heavily and need someting relax and interesting to refresh our mind....enjoy

You seen it......lone rangers, if you reliase there are 3 sizes means that the big size must the sis/bro not sure and follow the rest and the big one look like knows how to take care the youngers. Daily feed them with milk/plain water.........at this stage shouldn't be problem they will survive........without mom around.........life goes on!

if you interested to be part of this hobby, u can call me or you can share some experiance but so far all the hamsters are not for sale eventhough some offers from friends and shops....sorry!

Friday, November 28, 2008

Date Line!

Semua kerja mesti ada date line tak kira la kerja ofis atau pun kerja luar ofis tapi nak tak nak hakikatnya date line pasti tiba. Kat ofis sekarang ni biasa la akhir tahun, semalam big boss baru email to make sure all the appraisal need to be competed by 12/12 kalau tak alamatnya bonus dengan increment tak ada la. Itu date line ofis punya tapi hakikatnya apa jua benda kat dunia ni memang ada date line tak kira la pokok ke, kereta ke, rumah ke, isteri ke cuma panggilan atau kategorinya saja berbeza bagi kegunaan bahasanya ada yang di panggil expire date, sampai waktu la, sampai seru la untuk manusia kira meninggal dunia la........tapi maksudnya sama jugak la date line la tu.
Contohnya, boss suruh siapkan report dan perlu submit dalam tempoh 7 hari, kita kot jenis bertangguh dan malas alamatnya memang tak siap la dan bila report tak hantar dari waktu yang ditetapkan maka report dah tak guna la walaupun dah siap la.....dah tak ada ummmphh la kira kot macam roti kira dah expired la nak makan pun tak boleh tapi kalau makan jugak ada risiko la.
Moral of the story ialah "dalam kehidupan apa juga kesempatan kita nak berbuat baik tak kira la apa juga yang penting cara dan tujuanya kena baik maka buat la dengan segera sebelum sampai date linenya". Renung2kan la ya

Tuesday, November 25, 2008

Hamster Yatim Piatu

Nak kongsi pengalaman bela hamster rasanya dah dekat masuk 7 bulan aku dan keluarga mula bela binatang ni. Mula-mula bela 2 ekaor je beli sepasang la tapi la ni rasanya dah ada dekat 16 ekor tu tak campur ada yang mati tu. Tapi yang ni aku nak cerita pasal 3 ekor anak hamster yang jadi yatim piatu la walaupun baru berusia 15 hari rasanya baru mula nak berjalan.....kira jalan pun terhoyong hayang la. Mak dia mati minggu lepas rasanya sebab tak pasti tapi mula-mula saya perasan sebelah matanya macam kena cungkil...ehhh ngeri gak masa tengok tu aku cuba beri ubat mata dan minyak yang kurasa boleh pakai. Selang beberapa hari nampak macam ok tapi aku agak gak dia macam nak mati sebab perangai dia lain macam je....atlast tengah malam tu aku terjaga dan nampak dia dah tak bernyawa tapi yang sayu tengok anak dia masih lagi menyusu badan maka aku biarkan saja hingga keesokan harinya baru aku buang. Macam biasa la anak2 aku dengar ada yang mati pasti meleleh la tp nak buat camna dah bela lama terasa sayang pulak tambah 3 ekor anak dia. Sedangkan hamster sayangkan anak camna orang sekarang ni boleh buang anak........dunia2.

Thursday, November 20, 2008

Real Estate

Real Estate memberi makna hartanah yang begitu umum tapi real estate agent which more specific will be perunding/agen hartanah. Jika pada awal 90an memang orang tak tau pasal kerja ni dan golongan bumiputra amat kecil sekali namun selepas sedekad industri ini berkembang begitu mendadak. Bagi saya yang juga sebahagian dari industri ini merasakan kegilaan untuk menjadi agen hartanah sangat tinggi bukan saja dari golongan non-bumi tapi dikalangan orang melayu sendiri. Tau kenapa, antara banyak2 komisyen, industri ini memberikan pulangan yang lumayan apa tidaknya 2% dari hari jualan contohnya, harga rumah RM500K komisyen adalah RM10K. Pernah kawan saya dapat satu banglo utk dijual kat PJ dengan harga RM1.8M dan dengan hanya sekali advertise kat paper dan 1st potential buyer tengok dan terus confirm. Tapi dia dah kenal owner ni lama dan hanya tolong jual saja maka kawan saya setuju untuk dibayar sebanyak RM18K saja dari jumlah RM36K dengan hanya bermodalkan kurang RM100.00. Itu cerita masa ekonomi boom la tapi la ni ekonomi agak "cool" atau sejuk dlm istilah industri maka hanya selektif area dan property saja yang senang nak jual. La ni ramai juga agen yang kurang makan sebab kelembapan ekonomi tapi itulah kitaran hidup. Agak2 ada sesapa nak jadi agen macam ni?

Wednesday, November 19, 2008

Sensitifkah Aku?

Bukan nak cerita pasal diriku samada sensitif ke tidak tapi cerita pasal isu yang masih panas sehingga kena ISA la. Pasal bendera la ni sebab gara-gara tak puashati maka kickdefella telah menyarankan agar mengibarkan bendera secara terbalik dan akibatnya KDN rasa benda ni sensitif maka beliau telah di tahan ISA dan kemudianya dibebaskan dari situ aku mula cari-cari sapa mamat ni rupanya bila baca blognya baru ku tahu dia aku punya senior la kat TIKL dulu. Nak tau kisah beliau kat TIKL nanti aku cerita kat tajuk lain la tapi sekarang masih cerita sensitif lagi. Pada hari Isnin lalu gambar Pak Lah kat Uzbekistan untuk lawatan kerja dan juga mengadakan jalinan perniagaan O&G antara Petronas dan kerajaan sana tapi bila tengok gambar tu mula-mula tak perasan tapi bila check balik betul la ada yang tak betul la. Cuba tengok betul2, jadi sensitifkah kita semua ni sehingga benda ni boleh berlaku.


cuba lihat url ini : http://www.utusan.com.my/pix/2008/1118/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.1.jpg

Thursday, November 13, 2008

Aku dan Weekend

For the last 2 months, weekend will be my very busy days mostly, started frm Ramadhan, Syawal and this month. A lot of xtvt and invitation thru communities either by Cemara West, surau alhidayah,SU3,SU2 , friends and relatives. But its alright for me coz your life will more meaningfull and you know how to appreciate your quality time which you have only 24 hours a day.
Back to my last weekend I have some small makan2 cum birthday party for my 1st daughter - Aliya S'yaffa for her 11th about 3pm just for kids & her friends but end up about 50 kids turn up which is a lot but still alright to make the kids happy. The event comes to 2nd phase which is for the mums & women only, bacaan yassin by kumpulan yassin wanita cemara started around 5pm and the final phase event for the day is for man & fathers "makan2 & meeting" for cemara west members which is long due after our last project. Thanks everybody esp. for yah, noni, dilla, kak nik, Illa, hashim and the rest.

birthday girl & her friends - look enjoys



After yassin - makan-makan


Some of the mums enjoying the foods


Aliya with her presents -in hand kasut tidur tu

with neighbour kids - shasa & sister, lupa namanya


Fathers "makan & meeting session

The sec. taking the minutes

Wednesday, November 12, 2008

Aku dan tenis

Tenis memang antara sukan kegemaran ku tapi bukannya aku tak suka sukan lain tapi pada tahap sekarang ianya merupakan yang terbaik buat ku walaupun kalau ikutkan aku pun suka bowling gak tapi tak leh lawan tenis. Antara sebab terpenting kerna kepuasan masa buat pukulan tu memang release tension la. First sekali main masa tahun 1993 masa tu baru berkawan dengan my wife sekarang ni, biasa main kat PJ pada hari Sabtu dan Ahad la....maka dari situlah aku mula seronok main tenis tapi kalau ikutkan sejarah aku dah kenal pemain tenis lebih lagi sejak john bjorg, boris baker, ivan landle, john mc enro, martina narvatilova dll. Lama berhenti main tapi semenjak pindah SU dan jumpa geng2 sealiran aku pun apa lagi. Sekarang ni main kira tahap kemaruk gak la sebab 2 kali kami main setiap minggu kira dah boleh kira terror gak la kot sesapa nak ajak lawan tu kira ok la. So, sesapa nak main tenis boleh calling2 la.


Aku dan blog ....

Salam buat semua,

Ini merupakan coretanku yang pertama untuk blog ku sendiri pada tanggal 11.11.2008 bersamaan 13 Zulkaedah 1429H. Entah macam tetiba saja teringin nak berblog pulak walaupun dah kenal blog ni bertahun-tahun tapi sebelum ni langsung tak ada hati tapi sekarang lain pulak. Mungkin disebabkan pengarauh dari rakan-rakan ku yang purata dah ada blog sendiri samada aktif atau tidak saja statusnya yang penting ada blog. Aku harap selepas ini aku rajin update blogku ini. Semua yang dipaparkan adalah berkenaan diriku, ceritaku, rakan2ku, keluargaku, komunitiku, kegemaranku atau apa saja yang sealiran denganya. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi layout dan info yang nak dipamerkan manakala dari segi penulisan aku akan guna samada BM atau BI atau bahasa pasar yang senang difahami.