Wanita disimbah cuka, serbuk lada
SUBANG JAYA: Keghairahan seorang wanita untuk merebut jawatan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah menyebabkan dia menjadi mangsa keadaan apabila cedera akibat disimbah cecair dipercayai campuran cuka dan serbuk lada oleh penyerang tidak dikenali pagi semalam.
Difahamkan, sebelum ini mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali memintanya berundur daripada bertanding jawatan panas itu, tapi tidak dihiraukan berikutan hasratnya ingin memegang jawatan penting di sekolah anak perempuannya itu.
Ketika kejadian jam 8 pagi itu, mangsa menghantar anaknya di sekolah Wawasan Tun Sambathan, USJ15 di sini, sebelum dia didatangi seorang remaja memakai pakaian seragam sekolah tidak dikenali menaiki sebuah motosikal secara tiba-tiba menyimbah campuran cecair berbisa itu tepat ke arah matanya.
____________________________________________________________________________________
....orang akan buat apa saja, begitulah petikan berita di beberapa akhbar semalam, semata-mata ingin berbakti secara sukarela demi kebaikan sekolah namun pasti ada yang akan berdengki, lumrah hidup pada hari ini yang ku rasakan semangkin terdesak dan sanggup buat apa saja demi mencapai matlamat. Ditaman aku yang baru selesai mesyuarat PIBG pada Ahad yang lepas juga agak panas di sebabkan masalah lama yang tak ditangani secara bijaksana. diharapkan barisan AJK yang baru akan meneruskan tradisi sebagai perantara antara ibubapa dan guru-guru secara lebih ikhlas. Bukan saja membangunkan atau menjaga kemudahan fizikal sekolah tapi juga terhadap perkembangan modal insan, pelajar yang berwibawa dan persekitaran yang lebih kondusif. Bagi aku tak jadi AJK bukan bermakna kita tidak boleh menyumbang pastinya masih ada ruang yang terbuka luas untuk kita berbakti kepada sekolah atau apa juga platformnya dan pastinya aku akan memberikan idea dan pandangan ku untuk aktiviti yang ku kira amat baik untuk dilaksanakan oleh pihak PIBG.
Komen aku pasal aku punya PIBG......aku yang hadir awal utk mesyuarat PIBG tu terpaksa akur disebabkan program yang dirancangkan terlalu lama, bayangkan masa aku datang jam 9.00 pagi parents memang ramai dekat dengan 300 ku kira tapi kena tunggu sampai jam 12 baru meeting bermula dan waktu itu aku kira hanya tinggal 40% je yang tinggal dan yang lebihnya 60% dah balik, tak boleh tahan, ada hal lain. Bagi aku rugi tak dimanfaatkan masa yang telah ruangkan oleh parents yang hadir di awal pagi oleh PIBG untuk terus bermsyuarat berbanding acara sampingan yang ku kira boleh kita skip. Semalam ada jumpa geng2 yang stay sampai akhir dia cakap nama aku pun naik gak dicalonkan sebagai YDP ke atau ajk je tapi sebab aku tak ada kira tak valid la tapi aku ucapkan terima kasih kepada yang mencadangkan nama aku tu tapi yang pasti kita harus terus berbakti walaupun kita bukan barisan bertindak yang dipilih.
No comments:
Post a Comment