Tuesday, July 20, 2010
bahang ramadhan?
sekilas pandang dari akhbar tempatan hari ini yang mengatakan permohonan untuk mendapatkan tapak berniaga sepanjang ramadhan telah menjadi satu fenomena apabila seramai lebih 15 ribu permohonan telah di terima dan mereka sanggup hadir dan memenuhi setiap ruang di stadium tertutup titiwangsa seperti hendak mendengar ceramah besar. Tetapi sebenarnya mereka hanya mahu menjadi yang bertuah di kalangan mereka untuk mendapat salah satu tapak yang di sediakan hanya sebanyak 393 sahaja. Bayangkan nisbah setiap tapak dengan permohonan adalah 1 : 40. itu baru di kawasan sekitar bagaimana pula di kawasan lain, ini menunjukkan minat untuk berniaga terutamanya di sepanjang ramadhan amat tinggi sekali. Adakah ini juga sebagai petanda orang dan minat kerja makan gaji atau sebenarnya mereka buat kerja sambilan atau juga mereka adalah golongan yang mahu mencari rezeki lebih di sebabkan tak ada kerja tetap akibat ketidakstabilan keadaan ekonomi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment