sedar tak sedar demam piala dunia telah berakhir pada pagi isnin pada jam 5 pagi dengan kemenangan mutlak kepada sepanyol dan ku kira sepanjang perlawanan tersebut memperlihatkan kesungguhan para pemain yang pertama kali beraksi di kejohanan akhir. Apa yang lebih istimewa pasukan yang menang akan mencatatkan sejarah negara mereka sebagai pemenang buat kali pertama dalam sejarah piala dunia. Sepanjang sebulan memeriahkan edisi kali ini, pelbagai ragam dan berita dapat kita sama-sama baca dan lihat di akhbar2 juga di internet, suka duka gembira dan pelbagai reaksi dapat kita sama2 rasakan. Bagaimana pasukan pilihan anda kali ini? membanggakan atau sebaliknya dan aku rasa edisi kali ini begitu meriah di sebabkan kehadiran sotong paul yang berjaya menepati segala ramalannya tentang pasukan negaranya, JERMAN dari awal hinggalah ke akhirnya dan kekadang buat kita gelak dan senyum sorang2 bila pasukan argentina yang kalah kepada jerman, ada pihak yang tak puas hati dan memberi ancaman bunuh terhadap sotong paul tersebut.
Apa2 pun semuanya sudah berakhir, tidur anda kembali kepada yang asal, mungkin banyak kerja yang tertangguh di sebabkan demam piala dunia, kita dah tau sapa yang menang sapa yang tersungkur mungkin untuk beberapa hari ini cerita kita masih juga berkenaan piala dunia.
No comments:
Post a Comment