Tuesday, December 9, 2008

Korban

Satu perkataan tapi bawak maksud banyak. Siapa pernah berkorban? hampir semua orang pernah berkorban cuma berbeza cara mereka berkorban samada berkorban, dikorban atau terkorban. Apa yang pasti hidup ini perlukan pengorbanan demi sebuah kejayaan atau mungkin juga kegagalan. Namun berita dalam seminggu ini amat mengharukan rakyat Malaysia khususnya apabila tanah runtuh berlaku di kawasan kediaman mewah Bukit Antarabangsa menyebabkan 14 rumah musnah dan 4 orang telah terkorban dan beberapa hari selepas itu juga sebuah bas yang terbalik di Johor yang juga menyebabkan 14 orang juga terkorban.Apatah lagi di saat umat islam bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan Hari raya Korban. Begitulah antara cerita untuk dikongsikan dalam lipatan sejarah tanahair yang mengakhiri bulan Disember 2008 dengan satu tragedi yang akan diingati sampai bila-bila. Jika dibelek-belek sejarah lepas banyak bencana juga petanda kebesaran Allah s.w.t yang berlaku pada bulan Disember dan yang sentiasa segar dalam ingatan ku juga rasanya dari ingatan kalian tentang kejadian Highland Tower menyembah bumi berlaku pada bulan Disember 11, 1993,
2 blok tinggalan yang masih wujud lagi sehingga hari ini


bencana Tsunami berlaku pada Disember 26, 2004


dan terbaru korban Disember 6, 2008.


Aku telah melihat semua kejadian ini......semoga kita sentiasa melihat kejadian ini sebagai satu hikmah yang pasti ada pengajaran yang mesti kita pelajari. Salam Aidiladha buat semua umat islam diseluruh dunia.

1 comment:

  1. Moga-moga kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku di depan mata kita. Tidak mustahil kesemua itu membawa tanda bahawa kiamat makin hampir.

    ReplyDelete