Friday, December 19, 2008

jumaat oh jumaat

Diam tak diam bukannya tahun dah nak habis rupanya aku punya blok dah lama tak update, last posting 9/12/08 perghhhh lama tu, tu la orang ada blog awak pun nak ada blog tapi tak rajin macam lanrambai tu...(kena cover sebab ari tu mengutuk dia). Ok balik pasal topik kat atas tu biasanya masa kecik2 orang tua-tua cukup particular pasal hari jumaat. Bermula hari khamis malam jumaat kami adik beradik disuruhnya balik awal sebab masa kecik rajin merayau je. jam 6.30 petang dah siap mandi sebab nak kena pegi surau dekat dengan rumah dan specialnya malam khamis malam jumaat kami tak mengaji kira ari cuti umum la dalam seminggu. Di kampung saya dulu setiap malam jumaat ada giliran membaca yassin dirumah-rumah yang telah ditetapkan. Maka lepas solat isyak beramai2 pergi kerumah yang tiba gilirannya. Itu cerita budak la, tapi bagi yang dah kahwin lain pulak ceritanya malam ni nak ambik keberkatan untuk hal ehwal suami isteri sebab tu biasa kat ofis2 kot hari khamis bagi yang berkeluarga usik mengusik pasti berlaku....."mat kau tu baru kahwin jangan pulak balik lambat nanti oranga rumah marah kang" apasal lak yob?...ye la orang tua2 cakap nak dapat zuriat yang bagus elok la malam jumaat.......si Mat dan rakan2 lain tak kira melayu atau cina dah cukup faham dah kekadang mereka pun terikut2.

Ok habis cerita malam jumaat masuk bab hari Jumaat pulak kot diperhatikan , kalau hari2 lain bebudak pompuan tu pakai yang raged2 tapi bila hari jumaa rata-rata pakai baju kurung la temasuk la dari bangsa lain yang dah jadi trend sekarang ni. itu belum bab potong kuku, mandi sunat jumaat seterusnya sembahyang jumaat.

Disesetengah pejabat hari jumaat ni kira dah half day job je la lepas sembahyang tu kira just rileks sikit sementara nak habiskan waktu balik dan sambil tu siapkan kerja yang tak pernah habis la. Banyak yang berpakaian ala kasual tak la formal sangat dan pernah attend meeting yang all for sudden dgn Volkswagen dia punya big bos hanya pakai jeans dan baju pun terkeluar bila tanya "Samrin, looks normallys for us Friday is our casual day everybody free to wear anything as long as reasonable dressing unless we are plan to have meeting".

begitulah cerita yang berkaitan hari jumaat dari persepsi dari pelbagai golongan masyrakat dan budaya tapi yang pasti hari ni Jumaat 19/12/2008 aku agak free utk update aku punya blog.

note : tulisan ini hanyalah idea spontan saja, penulis tak bercadang nak check dia punya isi kandungan, grammer ke, spelling dia ke, susunan ayat nya atau ada yang menyinggung perasaan sesetengah pembaca. Sekian

No comments:

Post a Comment