.....camna nak mulakan ayat ni, rasanya kejap benar masa berlalu dalam diam tak diam dah berada di hari terakhir tahun 2008. Begitulah kehidupan ini yang pasti akan terus bergerak tanpa menunggu sesapa pun tak cepat atau lambat walau sesaat. Sesapa yang bijak mengambil kesempatan pasti dah mendapat labanya sedangkan yang dok terpinga2 tu pasti tak merasa apa-apa pun, dia tak fikir pun pasal bende2 ni. Yang pasti tahun 2008 telah melakarkan sejarahnya tersendiri samada di peringkat dunia,negara, masyarakat atau diri ku sendiri.
Bagi ku banyak dugaan yang telah kulalui dan terbesar yang kurasa ingin di kongsi bersama adalah perpindahan tempat kerja yang telah aku berkhidmat selama 12 tahun tepat. Satu keputusan yang paling lama untuk aku buat sebelum aku bertindak dan akhirnya setelah hampir setahun di tempat baru alhamdulillah bahawa hijrah yang aku putuskan itu sesungguhnya tidak sia-sia dan telah menampakkan hasilnya. Cabaran ditempat baru pasti lebih hebat bagi menunjukkan bahawa mengambil aku bekerja bukan la sia-sia. Semua perancangan besar syarikat telah dapat aku penuhi sebelum 24 Disember 2008.Itu salah satu cerita aku yang telah berubah arah tapi secara kasarnya angin perubahan terus berlaku di seluruh dunia.
Kalau bercakap pasal politik, memang nyata dan tidak dapat dinafikan oleh sesapa saja sesungguhnya kuasa rakyat melebihi segalanya bukan hanya di Malaysia selepas PRU12 yang lepas tetapi di kebanyakan negara dan terbaru di USA bila seorang warga kulit hitam bakal menjadi Presiden US yang pertama dalam sejarah. Tapi kot nak ceritakan sorotan 2008 memang terlalu banyak dan rasanya setiap kita pasti akan terkenangkan peristiwa sepanjang 2008 samada secara umum atau secara peribadi.
Dan nak ku ulang sekali lagi pada hari ini tanggal 31 Disember 2008 semua yang telah berlaku, yang putih, yang hitam yang kelabu semuanya sudah nyata yang baik dijadikan pedoman dan yang tak baik dijadikan panduan dan sempadan yang pasti ada pengajarannya semoga esok hari bermulanya 1 Januari 2009 akan terus memberi wadah baru untuk kita semua dalam perjuangan demi sebuah kehidupan yang di redhai Allah s.w.t. Amin
Salam Maal Hijrah 1430H dan tahun baru Masihi 2009 untuk semua.
No comments:
Post a Comment