Wednesday, December 31, 2008
Sayonara 2008
Bagi ku banyak dugaan yang telah kulalui dan terbesar yang kurasa ingin di kongsi bersama adalah perpindahan tempat kerja yang telah aku berkhidmat selama 12 tahun tepat. Satu keputusan yang paling lama untuk aku buat sebelum aku bertindak dan akhirnya setelah hampir setahun di tempat baru alhamdulillah bahawa hijrah yang aku putuskan itu sesungguhnya tidak sia-sia dan telah menampakkan hasilnya. Cabaran ditempat baru pasti lebih hebat bagi menunjukkan bahawa mengambil aku bekerja bukan la sia-sia. Semua perancangan besar syarikat telah dapat aku penuhi sebelum 24 Disember 2008.Itu salah satu cerita aku yang telah berubah arah tapi secara kasarnya angin perubahan terus berlaku di seluruh dunia.
Kalau bercakap pasal politik, memang nyata dan tidak dapat dinafikan oleh sesapa saja sesungguhnya kuasa rakyat melebihi segalanya bukan hanya di Malaysia selepas PRU12 yang lepas tetapi di kebanyakan negara dan terbaru di USA bila seorang warga kulit hitam bakal menjadi Presiden US yang pertama dalam sejarah. Tapi kot nak ceritakan sorotan 2008 memang terlalu banyak dan rasanya setiap kita pasti akan terkenangkan peristiwa sepanjang 2008 samada secara umum atau secara peribadi.
Dan nak ku ulang sekali lagi pada hari ini tanggal 31 Disember 2008 semua yang telah berlaku, yang putih, yang hitam yang kelabu semuanya sudah nyata yang baik dijadikan pedoman dan yang tak baik dijadikan panduan dan sempadan yang pasti ada pengajarannya semoga esok hari bermulanya 1 Januari 2009 akan terus memberi wadah baru untuk kita semua dalam perjuangan demi sebuah kehidupan yang di redhai Allah s.w.t. Amin
Salam Maal Hijrah 1430H dan tahun baru Masihi 2009 untuk semua.
Tuesday, December 30, 2008
GENTINGnya GAZA
dunia hanya mampu melihat saja, paling kuat buat tunjuk perasaan saja dan PBB yang entah apa fungsinya hanya berani mengutuk saja macam aku kutuk PBB saja tak ada bezanya
sedangkan Isreal teruskan kemaraan dengan kereta kebalnya untuk serangan selanjut
Top of EPL
Aku yang dah kenal Liverpool sejak zaman kegemilangannya bersama Ian Rush, Kenny Daglish, John Molby dan goli botaknya dan lain-lain dimana uniknya masa tu Kenny Daglish yang memang antara pemain terbaik Liverpool telah dilantik menjadi pengurus atas bakat kepimpinan yang dikagumi rakan-rakanya dan yang uniknya beliau masih lagi beraksi ketika menyandang jawatan pengurus tesebut.
Friday, December 19, 2008
jumaat oh jumaat
Ok habis cerita malam jumaat masuk bab hari Jumaat pulak kot diperhatikan , kalau hari2 lain bebudak pompuan tu pakai yang raged2 tapi bila hari jumaa rata-rata pakai baju kurung la temasuk la dari bangsa lain yang dah jadi trend sekarang ni. itu belum bab potong kuku, mandi sunat jumaat seterusnya sembahyang jumaat.
Disesetengah pejabat hari jumaat ni kira dah half day job je la lepas sembahyang tu kira just rileks sikit sementara nak habiskan waktu balik dan sambil tu siapkan kerja yang tak pernah habis la. Banyak yang berpakaian ala kasual tak la formal sangat dan pernah attend meeting yang all for sudden dgn Volkswagen dia punya big bos hanya pakai jeans dan baju pun terkeluar bila tanya "Samrin, looks normallys for us Friday is our casual day everybody free to wear anything as long as reasonable dressing unless we are plan to have meeting".
begitulah cerita yang berkaitan hari jumaat dari persepsi dari pelbagai golongan masyrakat dan budaya tapi yang pasti hari ni Jumaat 19/12/2008 aku agak free utk update aku punya blog.
note : tulisan ini hanyalah idea spontan saja, penulis tak bercadang nak check dia punya isi kandungan, grammer ke, spelling dia ke, susunan ayat nya atau ada yang menyinggung perasaan sesetengah pembaca. Sekian
Wednesday, December 10, 2008
Ofis Aku
and some times not enough space to plan so put the ideas to the white board...just rub the old worse one....
not only that all the files can't put proper coz my hand can't reach easily so where i put?....see la
but actually I got no problem handle it, this just temporary only when I'm very busy even my big boss also alright....understood atleast better than ofis lanrambai tu. for Selangorian tommorow is public holiday for our Sultan...Daulat Tuanku!!
Tuesday, December 9, 2008
Korban
2 blok tinggalan yang masih wujud lagi sehingga hari ini
bencana Tsunami berlaku pada Disember 26, 2004
dan terbaru korban Disember 6, 2008.
Aku telah melihat semua kejadian ini......semoga kita sentiasa melihat kejadian ini sebagai satu hikmah yang pasti ada pengajaran yang mesti kita pelajari. Salam Aidiladha buat semua umat islam diseluruh dunia.
Tuesday, December 2, 2008
Cameraman vs Videographer
See.....how many of them?
ready to shoot...sabar ye bang
action............
.......look very seriuos
.......come on don't miss this
.............my turn ok
alright now my turn.....
Monday, December 1, 2008
Akad Nikah
So, balik kisah nikah ni baru2 ni sepupu wife aku nikahkan anak pompuan dia la kat Shah Alam, hanya akad nikah saja untuk majlis kenduri so far nak buat Mid Januari 2009 kalau ikut plan rasanya nak buat kat hotel kot katanya takut hujan ribut. Majlis akad nikah ni hanya dihadiri sedara terdekat je dan kaum keabat je la tapi sikit2 pun aku tengok dekat 200-300 orang gak la khemah pun ada 4-5 khemah. Tapi bagi aku tak kisah la berapa ramai pun yang datang sebab masa la ni baru jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa ada yang main masa kecik2 bila jumpa anak dah 10 orang, lagi terkejut beruk aku dengar sambil tu kasi kat kahwin utk anaknya yang pasti bukan yang pertama sebab dia dah ada cucu dan yang best dia cakap anak dia duduk satu taman dengan aku. Itu belum masuk cerita masa muda jelita bila jumpa dah tembam2 dan pastinya menjadi bahan gurauan dan gelak ketawa. Namun alhamdulillah majlis berjalan lancar dari pagi hinggalah keakhirnya sebelum aku balik jam 3 petang. Tahniah buat Jamil & Ana, "you have done the best for your daughter" dan doakan agar mereka kekal ke akhir hayatnya. Amin.
Debaran ssebelum akad nikah
Akad Nikah oleh bapa sendiri
Alhamdulillah Syukur dah selamat
Sedara mara & sahabat handai
Memang sesak belum yang kat luar lagi tu
Saturday, November 29, 2008
Hamster yatim Piatu part II
You seen it......lone rangers, if you reliase there are 3 sizes means that the big size must the sis/bro not sure and follow the rest and the big one look like knows how to take care the youngers. Daily feed them with milk/plain water.........at this stage shouldn't be problem they will survive........without mom around.........life goes on!
if you interested to be part of this hobby, u can call me or you can share some experiance but so far all the hamsters are not for sale eventhough some offers from friends and shops....sorry!
Friday, November 28, 2008
Date Line!
Tuesday, November 25, 2008
Hamster Yatim Piatu
Thursday, November 20, 2008
Real Estate
Wednesday, November 19, 2008
Sensitifkah Aku?
cuba lihat url ini : http://www.utusan.com.my/pix/2008/1118/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.1.jpg
Thursday, November 13, 2008
Aku dan Weekend
birthday girl & her friends - look enjoys
After yassin - makan-makan
Aliya with her presents -in hand kasut tidur tu
with neighbour kids - shasa & sister, lupa namanya
Fathers "makan & meeting session
The sec. taking the minutes
Wednesday, November 12, 2008
Aku dan tenis
Salam buat semua,
Ini merupakan coretanku yang pertama untuk blog ku sendiri pada tanggal 11.11.2008 bersamaan 13 Zulkaedah 1429H. Entah macam tetiba saja teringin nak berblog pulak walaupun dah kenal blog ni bertahun-tahun tapi sebelum ni langsung tak ada hati tapi sekarang lain pulak. Mungkin disebabkan pengarauh dari rakan-rakan ku yang purata dah ada blog sendiri samada aktif atau tidak saja statusnya yang penting ada blog. Aku harap selepas ini aku rajin update blogku ini. Semua yang dipaparkan adalah berkenaan diriku, ceritaku, rakan2ku, keluargaku, komunitiku, kegemaranku atau apa saja yang sealiran denganya. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi layout dan info yang nak dipamerkan manakala dari segi penulisan aku akan guna samada BM atau BI atau bahasa pasar yang senang difahami.